Lepas Kerja,Bersemayam dan Santapan di Ramunia..

Dari tempat kerje 2minit je dah sampai villa ramunain (kiri (office) dan (villa Ramunain) kanan)
Villa Ramunain

Eh..! zoom out kenape??...


Owh ya.. lokasi santapan di tepi pantai yang indah dekat je dengan villa ramunain




Nampak ke...bayu laut & darat terase dipipi,kapal2 kargo kelihatan berderetan di tepi pantai ...owh nyamannyer makan di tepi pantai nan indah..oh




Read Users' Comments (5)

Pantulan satelit ke Office ku..

Singapore & Johor...Bawah kiri Pulau Karimun(hot n spicy..hihi..)..bawah kanan Pulau batam rm 60 je da sampai...if u know what i meant..hehehe.demit Pampas!
Kg .Teluk Ramunia (arrow Kuning)

Lokasi TR Yard,Ramunia Fabricators Sdn.Bhd



Teluk Ramunia Yard,RFSB


Nampak tak office aku tuh??





zOooomm...ha nampak tak?tak nampak??





Ni ha la office ku..






Read Users' Comments (0)

Misi JIHAD 2009AD

1.Berazam menyelamatkan chikas palestine yang dianiaya regim yahudi(betol ke?).

2.Join Tarnidji ikhlast ke de tour de indonesia,europa (february 2009)

3.Maintain job sebab ekonomi tak menentu sekarang.

4.Beli Kamera ,handphone yang cantik2 aja.

5.Tinted khancil hijau ibu ku chayunk,upgrade accessories kerete.

6.Me-maskulinkan badan menjadi six pack dan amalkan gaya hidup sihat.

7.

8.

9.

10.

Tiru gaya tarnidji ikhlast mengreserv item no 7-10 untuk unplanned project gempark spa que nain pampas!.

Read Users' Comments (2)

Kedai Buluh..

Arakian sudah sepurnama hamba di limbungan teluk ramunia johor baharu darul takzim,berdikari menchari rezeki sesuap ketam rebus dan sambal udang di kedai 'buluh',nama tersebut di namakan kepada sebuah gerai makanan disini yang suka melayan nafsu makan sang enginius pernambukanos bersame rakan2 pintar..

disebabkan lokasi kedai terdapat serumpun pokok buloh madagaskar maka zahir sudah lah akan kedai tersebut seantero ramunia.makanan lazat tandatangan masakan orang johor,ketam rebus dan udang menghiasi meja makan di kala matahari tegak melihat kelibat technician yg berlari lari ayah mengejar pintu keluar limbungan untuk santapan beradap secara berjama'ah.

kurangnya pada saat itu ialah ketiadaan kamera bermegapixel yang boleh menangkap gambar suasana damai ketika makan,mana taknya berhadapan dengan kedai makan tersebut kelihat kapal2 di tepi pantai yang berlabuh menunggu giliran untuk masuk ke limbungan....bicara saja kapal apa..semuanya ada kecuali kapal layar dan kopi cap kapal api...malang sungguh.aku sabar.

angin sepoi2 bahase singapura dan bayu laut indonesia membelai manja pipi enginious ku di iringi desiran ongbak menghampas pantai....kagum pada ilahi aku bersyukur tatkala itu..

Teringat semalam ku ke Sebana beach resort,club exclusive yang menempatkan kapal2 layar di sebana marina bay di sebana resort,kini ingatan ku dipintas oleh ingatan ke pulai beach resort di desaru ,tatkala melihat warga singapura bersama surfingboard di atas kereta ke tepi pantai beramai ramai memeriahkan acara surfboarding di tepi pantai karena ongbak yang kuat membantu pelayaran mereka..sungguh terkesima aku melihat mereka bermain sambil memperbetulkan bikini yang melekat di basahi air laut...oh

aku makan tengah hari dengan aman dan kembali ke pejabat sesudah solat zohor..alhamdulillah.

Petang berarak ke senja,senja pula diselubungi malam yang kini mampir..aku solat dah beristirehlah..

tepat 8.12pm, aku kembali semula ke santapan malam di lokasi yang sama tapi kelihatan deretan lampu di lautan indah,lampu hadir menerangi lautan yang penuh dengan kapal2 dan sebuah pelantar minyak kecil ..kelihatan pelantar minyak yang terdekat di basahi lampu minyak tanah berkuasa 720volt untuk menerangi pelantar tersobut.didepanku terkulai manja sang ketam yang direbus oleh pak din tuan empunya gerai makan 'buluh' yang perlu di tempah petang tadi supaya boleh dimakan di malam hari..perut ku mula berirama memberi isyarat gelombang lemak..lemak yang melindungi wajah six pack perut ku...owh ruginya..

bersama nasi goreng udang satu pingan besar makan 5 orang,ketam rebus 21 EKOR dan air teh o beng,teh ais,kopi ais,teh o limau,ulam2,sup ayam..,aku melayari santapan aku bersama rakan2 pintar asri,wan,payid dan che'we...uh sungguh ghairah aku mengasari,menerobosi tulang dan selaput kepala ketam untuk menghirup protien2 yang kelihatan segar di minda..kenyang alhamdulillah

Payid:"Pak din, kira semua"..

Pak din:"semua rm 48 dik"

Aku:"MURAH GILEEEEEEE"..kalau kat wangsa melawati dah rm 80 dah kalau mcm nih...hmm nice..esuk datang lagi ..yihuuu

Read Users' Comments (5)

Baru ku tahu..


Dunia oil & gas tidak lari dari persepsi semua lapisan musyharakat tak kira dari mindanau sulawesi,sinjapur,filipina,korea,afrika,somalia,europa,uae dan asia untuk asia...apa dia?...."gaji lebat sang enginious"..

tapi ramai tidak sadari tanpa ilmu di dada yang bidang mengangkat barbell di flatbench..duit itu tiada erti...kata2 pujangga termasahur.."knowledge is power"...bila ilmu power,kocek pun akan tersendirinya masyukkkk...

so let me explaing ape yang aku dalami selama aku di limbungan ramunia hasil didikan senior staff payid the ganuz..."welcome to the world of Minyak dan gas"..

First things first,mengikut gambaran berajah di atas,Petronas Management Unit yang merupakan Tokan kepada aliran tunai Petronas akan mengcontrol segala budget explorasi minyak di negara terchinta ini.

Dengan bantuan ahlil nujum (geologyst Petronas kairil supardy muraly),mereka akan menilik di manakah sumber asli takungan minyak duniawi bagi menampung permintaan tokey2 minyak dan pengguna minyak semalaya dan luar malaya.

Maka dengan kuasa yang amat berhormat perdana menteri malaysia yang di wakilkan kepada petronas akan menyewa satu syarikat explorasi (i.e schlumberger) untuk menerobos kedasar lautan biru bersame same ikan-ikan untuk memastikan tilikan ajaib sang geologyst mengenai sasaran.Gerudi di putar ,minyak dicari ,sang duyung di tepian melambai mesra para sang enginious yang sibuk menggerudi dasar laut... 24/7..oh

Dek tekanan (pressure) yang kuat dari ketumpatan air masin dan kedalam yang tinggi mengakibatkan minyak terpancut ke udara lalu menandakan titk permulaan kejayaan explorasi..dengan itu maka berpestalah sang enginious di malam harinya bersama chikaz dan beer,vodka,coca cola dan air sirap untuk meraikan kejayaan tersobut....

Schlumberger seterusnya dengan penuh taat setia menjayakan explorasi akan menutup kembali lubang lokasi penggerudian dan menghantar maklumat explorasi kepada sang enginious petronas untuk tujuan production mengeluarkan minyak.maka pulang lah enginious schlumberger sambil menyanyikan lagu misya umar "pulang lah' dan disusuli dengan lagu suderman "balik kampong" ..lagu2 pon berkumandang di laut biru disaksikan sang ikan lumba2 berlari2 di tepi kapal.

Maklumat explorasi kemudian di hantar ke syarikat konsultansi seperti (i.e Aker,RNZ,Ranhill dan MMC) dan 1st design akan disubmit kepada mereka untuk tujuan nasihat menasihati ape yang perlu dilakukan untuk mencorak,melakar layout fabrikasi pelantar minyak yang sesuai dengan kedudukan geografi minyak tersobut.

Setelah mendapat approved 1st Drawing,maka tender pun di buka kepada semua fabricator yang berdaftar seperti (i.e kompani ku Ramunia,MMHE,kenchana,oilfab dan sime darby).berlaku la lobi melobi dan biding membiding untuk merebut peluang membuat pelantar minyak.


Atas dasar kelayakan ,kepakarandan mampu buat fabrikasi,maka petronas akan membahagikan sikit2 project mega ini dengan mengaward kepada setiap kompani

Maka ada yang dapat buat pelantar minyak(MMHE),ada pulak yang dapat buat wellhead (4 x wellhead yang ade helipad seperti rajah di sebelah...alaa yang kat tepi nuuunnnn...haa.

Maybe ramunia buat satu well head dan selebihnye lagi 3 kompani lain yang buat pulak..pengagihan yang adil dan saksama berlaku didalam kitaran oil n gas fabrication.

Langkah yang diambil petronas kemudian di ikuti oleh kompani fabrikator yang lain untuk mengsubmit design2 yang lain dan lebih detail dan komplex...maka bertempiaran lagilah kompani konsultansi melukis gambaran drawing 2D,3D autocad,primavera oleh enginious yang berbaju t-shirt dan berseluar jeans tetapi duit di pocket masyukkk,kerje yang santai tapi pocket masyukkk....oh sungguh azim!..seperti mana yang disaksikan sendiri oleh sang auditor azrie prosper ketika di kompani Aker sepurnama yang lampau..beliau dikatakan menyesali perbuatannya mengambil jurusan akauntansi karena tidak menyadari jurusan enginious ini lebih gempak dan masyukkk...namun itu tidak mematahkan semangat juang rakyat perak beliau di arena auditor...pohpaleh weh!!eh..silap2...kejor yeop kejor!

step1,2,3,4,dan 5 sudah di lalui maka step terakhir sebelum memulakan fabrikasi ialah dengan menginvite vendor2 untuk menghantar quotation kepada kompani2 fabrikasi tersobut (termasuklah kompani ku ramunia),so macam2 barang akan disupply seperti pressure gauges,piping,butterfly valve,structure,jacket untuk menghasilkan seketol pelantar minyak dan wellhead yang kalian lihat di dada2 akhbar utusan,bharian online,jobstreet gambar2 kompani oil n gas yang menunjukkan gambar pelantar minyak seiring untuk mengatakan yang "Aku pun kompani oil n gas lah...marilah kerja dengan ku-Qatar gas"..

kompani vendor kemudian ditapis satu persatu dan yang layak saje dapat mengsupply barang ke kompani fabrikasi seperti contoh terdekat kompaniku ramunia.Maka berpestalah lagi syarikat vendor yang berjaya menerobos masuk mengsupply barang ke ramunia.dalam sekelip mata menjadi jutawan yang masyukkkk....berpesta,makan makanan lazat,tido di hotel 5star,membawa kereta BMW X5,BMW5 series,mercedez benz AMG,mata belalang...disamping itu belanje makan staff2,hantar hadiah,payung,diari dan macam2 setelah kejayan mereka.

namun apakah semua barang2 tersobut berjaya disupply ke ramunia dengan delivery date yang ditetapkan?...maka dengan ini aku lah yang akan beraksi membanting tulang dan perut six pack sebagai "expeditor" project Sarawak Shell Berhad F23 Topside ini,sang procurement enginious ini lah yang ditugaskan untuk mengejar barang2 tersobut supaya tepat sampai ke warehouse ku (ramuania yard) dengan certificate2 yang ori..if barang lambat sampai..maka terbantutlah usaha technician,dan enginious offshore untuk menghantar seketol pelantar minyak dan 4 pelantar welhead,piping dan produksi minyak seantero project shell F23-Topside,structural dan jacket seperti gambar di atas....kite tunggu dan lihat yeh!!.oh noooo...DeeeMiit 8 Pampas!

Sekian,

"Regards,

Muhammad Zulqarnain Bin Zainuddin
Procurement Engineer (Expeditor)
Procurement Department

Ramunia Fabricartors Sdn Bhd
Lot 437, Telok Ramunia 81620 Pengerang Johor Darul Takzim
Tel: 607 824 2000, Ext 2311
Fax: 607 826 3381

Email: zulqarnain@ramunia.com"



nah sudah ku cheritakan...

Read Users' Comments (3)