Kedai Buluh..

Arakian sudah sepurnama hamba di limbungan teluk ramunia johor baharu darul takzim,berdikari menchari rezeki sesuap ketam rebus dan sambal udang di kedai 'buluh',nama tersebut di namakan kepada sebuah gerai makanan disini yang suka melayan nafsu makan sang enginius pernambukanos bersame rakan2 pintar..

disebabkan lokasi kedai terdapat serumpun pokok buloh madagaskar maka zahir sudah lah akan kedai tersebut seantero ramunia.makanan lazat tandatangan masakan orang johor,ketam rebus dan udang menghiasi meja makan di kala matahari tegak melihat kelibat technician yg berlari lari ayah mengejar pintu keluar limbungan untuk santapan beradap secara berjama'ah.

kurangnya pada saat itu ialah ketiadaan kamera bermegapixel yang boleh menangkap gambar suasana damai ketika makan,mana taknya berhadapan dengan kedai makan tersebut kelihat kapal2 di tepi pantai yang berlabuh menunggu giliran untuk masuk ke limbungan....bicara saja kapal apa..semuanya ada kecuali kapal layar dan kopi cap kapal api...malang sungguh.aku sabar.

angin sepoi2 bahase singapura dan bayu laut indonesia membelai manja pipi enginious ku di iringi desiran ongbak menghampas pantai....kagum pada ilahi aku bersyukur tatkala itu..

Teringat semalam ku ke Sebana beach resort,club exclusive yang menempatkan kapal2 layar di sebana marina bay di sebana resort,kini ingatan ku dipintas oleh ingatan ke pulai beach resort di desaru ,tatkala melihat warga singapura bersama surfingboard di atas kereta ke tepi pantai beramai ramai memeriahkan acara surfboarding di tepi pantai karena ongbak yang kuat membantu pelayaran mereka..sungguh terkesima aku melihat mereka bermain sambil memperbetulkan bikini yang melekat di basahi air laut...oh

aku makan tengah hari dengan aman dan kembali ke pejabat sesudah solat zohor..alhamdulillah.

Petang berarak ke senja,senja pula diselubungi malam yang kini mampir..aku solat dah beristirehlah..

tepat 8.12pm, aku kembali semula ke santapan malam di lokasi yang sama tapi kelihatan deretan lampu di lautan indah,lampu hadir menerangi lautan yang penuh dengan kapal2 dan sebuah pelantar minyak kecil ..kelihatan pelantar minyak yang terdekat di basahi lampu minyak tanah berkuasa 720volt untuk menerangi pelantar tersobut.didepanku terkulai manja sang ketam yang direbus oleh pak din tuan empunya gerai makan 'buluh' yang perlu di tempah petang tadi supaya boleh dimakan di malam hari..perut ku mula berirama memberi isyarat gelombang lemak..lemak yang melindungi wajah six pack perut ku...owh ruginya..

bersama nasi goreng udang satu pingan besar makan 5 orang,ketam rebus 21 EKOR dan air teh o beng,teh ais,kopi ais,teh o limau,ulam2,sup ayam..,aku melayari santapan aku bersama rakan2 pintar asri,wan,payid dan che'we...uh sungguh ghairah aku mengasari,menerobosi tulang dan selaput kepala ketam untuk menghirup protien2 yang kelihatan segar di minda..kenyang alhamdulillah

Payid:"Pak din, kira semua"..

Pak din:"semua rm 48 dik"

Aku:"MURAH GILEEEEEEE"..kalau kat wangsa melawati dah rm 80 dah kalau mcm nih...hmm nice..esuk datang lagi ..yihuuu

Read Users' Comments (5)

5 Response to "Kedai Buluh.."

  1. paiseh, on January 7, 2009 at 5:45 AM said:

    tu nama kampung kakak ipar gua dowl..!

  2. Syamsulfaiz, on January 7, 2009 at 11:39 PM said:

    AArrggggghhhhh meleleh air liur aku. Siottttt

    RM48 untuk 21 ekor ketam....thats dirt-cheap !!

  3. NAintriplet, on January 8, 2009 at 12:38 AM said:

    hehahaha...itu baru putingnyaaaaa,,,hihihi..

  4. ApOgEE, on January 8, 2009 at 9:11 PM said:

    hahahahampeh... wei, kamera henpon pun tadak ka?

  5. NAintriplet, on January 12, 2009 at 9:50 PM said:

    xde ma..baru nak g bli..ongkos nya tiada cukupin dong